Kerjaya Samantha Bee

Bee menghadiri ujibakat untuk peranan lakonan di Toronto sewaktu masih bekerja sebagai pelayan. Pada usia 26 tahun, Bee melakukan jelajah dengan penerbitan pentas Sailor Moon yang mana beliau memegang watak tajuk.[8]

Bee ialah salah seoramg dari empat ahli pengasas kumpulan komedi sketsa yang berpangkalan di Toronto yang bernama The Atomic Fireballs.[9] Semua ahli Fireballs ialah wanita. Kumpulan ini mendemonstrasikan hubungan yang saling menyokong, mencuba untuk menampilkan idea antara satu sama lain sebanyak yang mereka mampu.[10]

2003–2014

Bee menjadi koresponden The Daily Show bersama Jon Stewart pada 10 Julai 2003.[11] Bee ialah satu-satunya koresponden wanita di The Daily Show sejak penampilan sulungnya pada 2003 hingga Kristen Schaal menyertai rancangan itu pada Mac 2008. Beliau ialah koresponden bukan warganegara Amerika Syarikat pertama di The Daily Show.[12]

Bee mendapat peranan utama pertamanya dalam sebuah filem bebas Kanada pada 2004 yang bertajuk Ham & Cheese. Filem itu ditulisnya bersama suaminya Jason Jones dan dibintangi oleh Scott Thompson dan Dave Foley.[13][14] Beliau memenangi Anugerah Komedi Kanada untuk "Penampilan Wanita yang Lucu" untuk peranannya. Jones menyertai The Daily Show sebagai koresponden pada tahun 2005, dua tahun selepas isterinya.[15] Jones menjadi koresponden terdahulu untuk rancangan itu sementara Bee mengurangkan beban kerjanya sepanjang kehamilannya.[16]

Pada Disember 2005, sewaktu muncul di The O'Reilly Factor, Bill O'Reilly menggunakan klip Bee dari The Daily Show yang berjudul "The War on Christmas". Tangkap layar satira yang menampilkan Bee menyebutkan bagaimana Natal ialah satu-satunya hari cuti keagamaan yang juga merupakan hari cuti persekutuan di Amerika Syarikat. Stewart muncul dalam rancangannya dengan menjemput Bee untuk berbincang.[17] Bee dianugerahkan dengan Anugerah Komedi Kanada 2005 untuk Penampilan TV Wanita Terbaik untuk persembahannya di The Daily Show.[18]

Pada 20 Januari 2008, Bee berjaya menjadi selebriti dengan skor tertinggi dalam rancangan permainan CBC Test The Nation. Beliau juga memiliki peranan kecil dalam Little Mosque on the Prairie dalam episod bertajuk "Spy Something or Get Out". Bee juga muncul di episod ke-12 Musim 20 Law & Order bertajuk "Blackmail".[19][20] Bee menulis buku berjudul I Know I Am, But What Are You ? yang diterbitkan pada 2010.[21] Beliau menjadi koresponden tetap The Daily Show paling lama setelah melepasi rekod Stephen Colbert pada 2011.[22] Pada tahun yang sama, Bee berkolaborasi dengan rakan lamanya Allana Harkin dalam blog berjudul Eating Over the Sink untuk majalah online Babble.[23] Pada tahun 2014, Bee menjadi panelis di Canada Reads, debat buku kebangsaan tahunan oleh CBC.[9]

2015-kini

Pada Mac 2015, diumumkan bahawa beliau akan meninggalkan The Daily Show, setelah 12 tahun untuk mengacarakan rancangan berita satirnya sendiri di TBS.[24][25] Bee meninggalkan The Daily Show pada 30 April 2015.[26] Rancangan barunya yang bertajuk Full Frontal with Samantha Bee, memulakan tayangan perdananya pada 8 Februari 2016.[27] Menerusi rancangan ini, Bee menjadi wanita pertama yang menjadi pengacara rancangan satira lewat malam.[10] Musim pertama Full Frontal menerima pujian kritis dan pada November 2016, ia diperbaharui untuk musim kedua sepanjang 2017.[28][29][30]

Bee ialah penerbit eksekutif untuk siri komedi TBS The Detour.[31] Setahun setelah Bee mengacarakan Full Frontal, Time menyebut Bee sebagai salah seorang dari 100 orang paling berpengaruh di dunia.[32][33] Pada Julai 2017, kempen Bee dengan nama "Nasty Woman Shirt" mengumpulkan lebih dari $1 juta untuk Planned Parenthood.[34] Pada Januari 2018, TBS memperbaharui Full Frontal untuk musim ketiga dan keempat, yang akan ditayangkan hingga 2020. Kerjasama Bee dengan TBS dilanjutkan hingga 2022.[35]

Dalam sebuah episod Full Frontal yang ditayangkan pada 30 Mei 2018, Bee menyebut Ivanka Trump sebagai "feckless cunt", setelah mengulas mengenai dasar penghijrahan Donald Trump.[36][37] Sehari selepas segmen ditayangkan, Bee memohon maaf dan "sangat menyesali" dengan komen itu.[38] Pelawak Kathy Griffin, Michelle Wolf, Sarah Silverman, dan Jon Stewart membela Bee.[39] Rancangan tersebut menampilkan lebih sedikit iklan pada minggu berikutnya.[40] Bee memula episod itu dengan permintaan maaf kepada setiap wanita yang telah disakitinya dan menyatakan bahawa satu kata buruk telah menjadi fokus dan bukan dasar menahan kanak-kanak pendatang haram yang telah dikritiknya.[41][42]

Pada Disember 2018, ia diumumkan bahawa Bee telah menubuhkan syarikat penerbitan baru yang bernama Swimsuit Competition, yang kemudian menandatangani kerjasama dengan TBS. Syarikat ini akan berfokus pada penceritaan dan membangunkan projek televisyen dokumentari untuk TBS.[43]